Ahad, 18 November 2007

Keputusan Peperiksaan UPSR!!!


Hari Khamis,15 November 2007 adalah hari mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2007 (UPSR 2007).Hari itulah adalah hari yang mendebarkan bagiku dan kawan2 ku.Semalam sebelum hari itu,aku dan kawan2 ku pergi rombongan sekolah (Tapi maleh eden nok cito kek korang...).Setiap selepas solat 5 waktu,aku berdoa kepada YANG MAHA ESA supaya ampunkan segala kesalahanku,ibu bapaku,keluargaku,sahabat2 ku,guru2 ku serta umat Nabi MUHAMMAD S.A.W.Kemuadian,aku berdoa supaya aku dan kawan2 ku memperoleh keputusan peperiksaan UPSR dan Syahadah Ibteda'eah Arabiah (SIA) Cemerlang.


Esoknya pulak,pukul 10 pagi lebih,aku dan budak2 tahun enam sekolahku dipanggil ke bilik mensyurarat.Bedebar2 aku sambil membaca BISMILAH banyak kali ketika aku masuk ke bilik itu.


KEPUTUSAN DIUMUMKAN:>>>


-keputusan UPSR itu diumumkan oleh guru besar sekolah aku (sekolah eden panggil MUDIR)

-seramai 4 orang dapat 5A (2 Laki,2 pompuan)

-seramai 2 orang dapat 4A 1B (tak silap eden)

-Masa Mudir bagi aku slip keputusan,aku tersenyum ketika aku melihat slip itu.Selama ini aku hanya belajar di sekolah aku cuma 4 tahun sahaja.Almaklumlah aku berhenti sekolah pada Disember tahun 2004 hingga 2006 (2 tahun) disebabkan aku duduk kat asrama tahfiz di Masjid Tanah,Melaka.Pastu,mak aku nak keluarkan aku dari tahfiz itu untuk ambik UPSR.Inilah yang terkandung dalam aku nyer slip keputusan ini....


Pemahaman:A

Penulisan :A

Matematik :B

Sains :B

B.Inggeris :B

PEKA :1


PERKARA ASAS FARDU AIN: LULUS


Boleh tahan kan? Takat itu pon aku bersyukur Pada YANG MAHA PEMURAH atas usaha aku selamer ini.Kalaulah aku dapat 5A,bapak aku nak hadiahkan apa yang aku mau seperti Henset Daun.Tapi,takpelah.Aku redha apa yang TUHAN bagi kat aku.Tahun depan,mak aku nak masukkan aku ke sebuah tahfiz+akedemik di Chenderah,Jasin.Kalau takbley,kat Pulau Sebang ke,Gemencheh Negeri Sembilan ke atau kat Selangor.Almaklumlah ramai yang dapat 5A,banyak persaingan...


Ok,itu sajer yang aku nak citerkan kat korang hari ini.Esok pulak (kalau boleh) aku akan ceritakan keputusan SIA.Sebelum aku nak pergi kat MITC,aku ingin kongsi kat korang GAMBAR KENANGAN TAHUN 6 SEKOLAHKU (kat atas sekali).Sekian dan wassalam....


Tiada ulasan: